KARYA Pengantin Prempuan Iban, 1963.
KARYA Potret Aida.
KARYA Gadis.
HASIL karya Hossein Enas menerusi Air Hostess and Pilot Malaysia Airline, 1963.
Oleh Siti Salmiah A Hamid


Sesuai dengan kemunculannya, penubuhan Galeri Potret Negara (GPN) bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan rakyat Malaysia terhadap identiti, arus, sejarah, budaya, kreativiti dan seni menerusi karya potret.

Menjadikan wanita sebagai subjek karya, pameran itu mempertemukan pelukis veteran tempatan yang sudah lama dikenali dalam seni lukis tanah air.

Potret bertemakan Jelitawan yang memiliki kecantikan, kesempurnaan dan kesopanan ini dipilih kerana turut memancarkan kejelitaan zahir dan nurani jati diri insan.

Teori estetik kecantikan atau keindahan sejak zaman Greco-Roman merangkumi erti yang luas dan boleh difahami meliputi kecantikan seni, keindahan alam, keluhuran moral dan kesempurnaan spiritual serta intelektual.

Fokus pameran ini adalah terhadap apresiasi kejelitaan dan ketrampilan wanita khususnya dipelopori ikon pemotret negara seperti Hoesein Enas dan Angkatan Pelukis Se-Malaysia (APS).

Pelukis APS yang terbabit ialah Mazeli Mat Som, Hamidah Suhaimi dan Nora Abdullah.

Karya yang dipamerkan di GPN bukan saja menampilkan perwatakan jelita, malah menggambarkan mesej budaya melalui penampilan pakaian dan kegiatan sosial masyarakat.

Mesej yang diterapkan adalah satu hebahan dan penyampaian budaya kepada masyarakat yang memerhati.

GPN kali ini mendekatkan masyarakat kepada sosiobudaya yang menggambarkan jati diri sesuatu bangsa.

INFO

JELITAWAN

- Artis: Hoesein Enas, Mazeli Mat Som, Hamidah Suhaimi dan Nora Abdullah

- Jumlah karya: Lebih 10

- Lokasi: Galeri Potret Negara, 2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

- Tarikh: Sehingga 1 Jun 2015

- Masa: 9 pagi hingga 6 petang

- Telefon: 03-4026 7000 / 03-4026 4990

- Web: www.artgallery.gov.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 2:26 PM