NORA Danish. FOTO Aziah Azmee
NORA Danish. FOTO Aziah Azmee
Oleh Norhayati Nordin


Pelakon Nora Danish, 33, menafikan dakwaan mengatakan dia kini salah seorang artis wanita terkaya Malaysia.

Nora berkata, dia berlakon kerana perlu mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Biarpun anaknya ditanggung bekas suaminya, tetapi dia ada ibu dan adik-beradik lain yang perlu ditanggung.

“Kalau betul saya sudah kaya, orang takkan nampak saya gigih bekerja.

“Menyara keluarga adalah tanggungjawab saya dan sebagai ibu, saya juga perlu berdikari mencari pendapatan sendiri terutama jika mahu bawa anak pergi bercuti,” katanya.

Menurut Nora, jika betul dia sudah kaya tentu dia hanya memilih filem tertentu saja untuk berlakon.

Dakwaan itu timbul selepas dia mendapat banyak berlakon drama dan filem serta memiliki perniagaan sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 4:31 PM