KEADAAN kereta mangsa yang terkorban dalam kemalangan di di Selandar, Jasin, tengah hari semalam.
Oleh Arifin Salleh

Jasin: Sepasang suami isteri maut dan anak perempuan mereka parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Selandar, Jasin tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu, mangsa Md Yunus Daud, 79, dan isteri Zaleha Ahmad, 76, mati ketika menerima rawatan di Hospital Melaka dan Jasin, beberapa jam selepas kejadian.

Manakala anak perempuan mereka Azizah Md Yunus, 50, yang memandu keteta Honda Civic parah dan kini menerima rawatan di Hospital Jasin.

Difahamkan, Honda Civic dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabit kemalangan dengan kereta Toyota Vios dan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, Md Yunus meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka pada jam 5.10 petang manakala Zaleha disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang di Hospital Jasin.

Beliau berkata, tiga mangsa yang menaiki dua lagi kenderaan itu hanya mengalami cedera ringan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 1:45 PM