MAYAT Norhayati Mat Jusoh dibawa polis untuk dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia. FOTO Nor Amalina Alias
MAYAT Norhayati Mat Jusoh dibawa polis untuk dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia. FOTO Nor Amalina Alias
Oleh Nor Amalina Alias

Bachok: Dua beranak maut selepas motosikal yang ditunggang melanggar sebuah pacuan empat roda sebelum terjatuh dan digilis treler muatan beras di Kampung Badak di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Norhayati Mat Jusoh, 41, yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dan dibonceng anak lelakinya Noor Husaini Akhyar Noor Hasnan, 16, maut di tempat kejadian selepas parah di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa datang dari arah Bachok -Jelawat dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Cherang Sepulai, Cabang Tiga Melawi.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar sisi Toyota Hilux. Mangsa terjatuh ke laluan bertentangan dan digilis treler itu.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 10:21 PM