Foster bermain piano pada sidang media konsertnya hari ini. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Foster bermain piano pada sidang media konsertnya hari ini. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Oleh Michelle Gun


Kuala Lumpur: Komposer dan pemuzik antarabangsa, David Foster akan mengadakan persembahan bersama lima bintang terkenal di Arena of Stars, Genting Highlands pada 14 Ogos ini.

Konsert sempena sambutan ulang tahun ke-50 Resorts World Genting itu bakal menyaksikan Foster berganding bersama Boyz ll Men, Ruben Studdard, Peter Cetera, Natalie Cole and Jackie Evancho.

Foster, 65, ketika ditemui di sidang media di sini, pagi tadi berkata, ini kali kelima dia mengadakan persembahan di Malaysia.

"Saya suka Malaysia kerana mempunyai budaya unik dan rakyatnya sangat peramah serta sopan," katanya.

Pada sidang media itu, seramai 50 peminat bertuah berpeluang beramah mesra dan mengambil gambar kenangan bersama Foster.

Sepanjang 40 tahun dalam industri seni, pemuzik itu meraih 16 Anugerah Grammy dan pernah bekerjasama dengan ramai penyanyi hebat antaranya Celine Dion, Whitney Houston, Josh Groban dan Michael Buble.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 4:38 PM