SEBAHAGIAN serpihan bumbung siling bertaburan akibat dipukul ribut. FOTO Ainul Fatihah Mansor
SEBAHAGIAN serpihan bumbung siling bertaburan akibat dipukul ribut. FOTO Ainul Fatihah Mansor
SEBATANG pokok tumbang akibat dipukul ribut yang melanda berhampiran Bangunan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya.  FOTO Ainul Fatihah Mansor
SEBATANG pokok tumbang akibat dipukul ribut yang melanda berhampiran Bangunan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya. FOTO Ainul Fatihah Mansor
Oleh Ainul Fatihah Mansor


Putrajaya: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda sekitar Putrajaya menyebabkan harta benda di beberapa bangunan kementerian di Presint 4 di sini, rosak, manakala cermin beberapa kereta pecah dipercayai akibat terkena batu.

Kejadian bermula dengan hujan lebat kira-kira 3 petang sebelum disusuli ribut kuat yang berhenti pada 4.20 petang.

Tinjauan Harian Metro mendapati, kafe di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) rosak, manakala sebahagian bumbung tempat meletak kenderaan berbumbung di KKMM turut runtuh, selain beberapa pokok di tepi jalan utama turut tumbang.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Muhamad Hafidz Yaacob berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kejadian ribut di Presint 4, tetapi menerima maklumat ada pokok tumbang di Presint 8 pada 4 petang.

"Kita mendapati sebatang pokok tumbang dan menimpa sebuah Perodua Alza dan Myvi. Pihak bomba kemudian memotong pokok itu bagi memudahkan proses mengalihkannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 6:55 PM