AP S/4 Hana guna cloud - Chiang.
AP S/4 Hana guna cloud - Chiang.
Oleh Afiq Hanif


Terkenal dengan penyelesaian canggih bagi enterpris, SAP mengetengahkan satu lagi rumusan yang mampu membantu perniagaan di negara ini untuk melonjakkan operasi berskala lebih besar menggunakan teknologi perisian moden.

SAP memperkenalkan SAP S/4 Hana yang menjadi penyelesaian generasi masa depan bertujuan untuk membantu memudahkan tugas perkomputeran serta analisis data lebih bersepadu dan bertepatan dengan kehendak semasa.

Pengarah Urusan SAP Malaysia, Bernard Chiang berkata, perisian ini perkomputeran ‘cloud’ di premis dan penggunaan hibrid untuk memberikan pilihan maksimum kepada pengguna yang berpotensi.

“Perniagaan sekarang banyak menggunakan sistem teknologi yang tinggi bagi memudahkan mereka untuk menyimpan data tetapi masih terdapat kekurangan apabila berlaku kesesakan talian menyebabkan sistem tidak dapat diakses.

“Teknologi ini mempunyai pelbagai guna bagi menganalisis sumber data dalam aplikasi yang boleh menyelenggarakan aplikasi perniagaan seperti perancangan, peramalan, prestasi operasi dan simulasi,” kata Chiang.

Katanya, selain itu, teknologi itu juga membantu semua jenis perniagaan bagi meningkatkan prestasi penggunaan teknologinya dalam operasi perniagaan.

Menurutnya, Malaysia adalah negara pertama dalam Asia yang menggunakan SAP S/4 Hana kerana negara mempunyai kadar penggunaan teknologi bagi operasi perniagaan yang tinggi.

“Buat masa ini, ia sesuai digunakan oleh pelbagai sektor perniagaan di Malaysia dan mampu diperluaskan pasarannya pada masa hadapan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 5:03 AM