Pastinya filem baru yang bakal diterbitkan Sanjay Gupta berjudul Jazbaa membuatkan penonton tidak sabar untuk menunggunya kerana ia membariskan tiga bintang tersohor Bollywood, Shabana Azmi, Irrfan Khan dan Aishwarya Rai.

Pada awalnya filem thril­ler itu hanya menampil­kan Irrfan dan Aishwarya saja, namun untuk memantapkan lagi penceritaannya, Shabana turut dilamar sama.

Kehadiran mereka bertiga melengkap­kan filem itu di samping kemunculan semula Aishwarya yang berehat panjang selepas melahirkan anak sulungnya Aaradhya.

Jazbaa mengisahkan seorang peguam (Aishwarya), profesor kolej (Shabana) dan pegawai polis yang digantung tugas (Irrfan).

Filem itu akan menjalani penggambaran di Mumbai pada awal Disember ini.

Selaku pengarah, Sanjau akan memastikan filem itu siap sebelum menjelangnya Festival Filem Cannes 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:00 AM