BANGUNAN yang rosak di Nepal. - Foto Reuters
BANGUNAN yang rosak di Nepal. - Foto Reuters

Kathmandu: Angka kematian akibat gempa bumi terbaru yang melanda Nepal Isnin lalu, kini meningkat kepada 110 orang.

CNN melaporkan jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nepal, Laxmi Prasad Dhakal, berkata seramai 19 orang lagi terbunuh di India dan seorang di China menjadikan jumlah keseluruhan korban gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter itu ialah 128.

Jumlah mereka yang cedera pula melebihi 2,500 orang.

Sementara itu The Independent melaporkan helikopter Chinook milik Britain yang dihantar untuk misi bantuan dihalang memasuki Nepal semalam, kerana angin kipasnya yang terlalu kuat boleh menerbangkan bumbung serta memecahkan tingkap.

Berikutan itu, helikopter berkenaan kini terkandas di New Delhi, India, bersama 100 kru, jurutera serta kakitangan sokongan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 6:02 PM