Skip this ad x
DIANA Rafar (kanan) menerima cincin daripada Zamarul Hisham. FOTO Faiz Anuar
Oleh Ikram Ismail dan Sudirman Mohd Tahir

Shah Alam: Pasangan pelakon, Zamarul Hisyam, 44, dan Diana Rafar, 33, bersatu kembali selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menerima pengesahan lafaz rujuk dibuat Zamarul sebelum ini.

Hakim Syarie, Muhamad Hisham Zakaria membenarkan permohonan defendan (Zamarul) yang difailkan pada hari Isnin lalu untuk merujuk Plantif (Diana) mengikut Seksyen 61 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2013.

"Pengesahan rujuk oleh plantif pada 14 Februari secara lisan yang dibuat dalam waktu edah adalah sah,” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 16 Mei 2009 dan dikurniakan seorang anak Kashfi Haikal, 5.

Pasangan itu secara rasmi bercerai talak satu pada 15 Januari lalu.

Berdasarkan keterangan di mahkamah oleh pasangan itu, pada 14 Februari sekitar 11.30 malam di kediaman mereka, Zamarul membuat lafaz rujuk "Diana Rafar, saya merujuk kamu untuk menjadi isteri saya".

Selepas selesai pengesahan lafaz rujuk berkenaan, kedua-duanya bersama ahli keluarga ke premis Bainy Gold and Diamant di Laman Seri, Sekyen 13 untuk memilih cincin dan menyarungnya di jari Diana.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 6:16 PM