ANGGOTA bomba membawa turun mangsa yang mengalami angin ahmar. FOTO Arifin Salleh
Oleh Arifin Salleh


Kluang: Seorang lelaki berusia 43 tahun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat selepas diserang angin ahmar ketika mendaki Gunung Lambak, 6 petang semalam.

Mangsa, Shamsul Md Taufik, dari Kampung Tengah, Kluang, diserang angin ahmar ketika melakukan aktiviti mendaki bersama isteri dan dua anaknya.

Komander Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Akob Sidek berkata, pihaknya menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi pada 6.03 petang.

"Bertindak daripada aduan diterima, tujuh anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Abd Satar Monel bersama sebuah jentera menuju ke lokasi kejadian.

"Anggota kami yang tiba di lokasi kejadian bersama dua ambulans melakukan rawatan asas ketika berada pada ketinggian 200 meter," katanya.

Mangsa yang dalam keadaan lemah dibawa turun menggunakan pengusung sebelum dan dihantar ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 1:16 PM