PERSEMBAHAN sketsa pada malam kebudayaan untuk mengeratkan lagi ukhwah.
PERSEMBAHAN sketsa pada malam kebudayaan untuk mengeratkan lagi ukhwah.
GEMBIRA bersama anak-anak penduduk menyertai acara tarik tali.
GEMBIRA bersama anak-anak penduduk menyertai acara tarik tali.
PESERTA bergambar kenangan bersama keluarga angkat masing-masing pada majlis penutup Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Padang Wahid, Langkawi, baru-baru ini.
PESERTA bergambar kenangan bersama keluarga angkat masing-masing pada majlis penutup Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Padang Wahid, Langkawi, baru-baru ini.
Oleh Hamzah Osman

Seramai 40 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang majoritinya dari kawasan bandar mendapat pengalaman baru hidup dalam suasana kampung pada Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Padang Wahid, Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Penuntut yang mewakili Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat UUM itu diberikan pendedahan gotong-royong, selain berpengalaman tinggal sebagai anak angkat dan terbabit dalam aktiviti membersihkan surau, mengail ikan, demonstrasi masakan kuih tradisional, persembahan kebudayaan dan ceramah motivasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 10:05 AM