FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Dua lelaki maut manakala seorang murid sekolah rendah berusia sembilan tahun parah akibat dipanah petir dalam kejadian di sebuah pondok berhampiran Sekolah Kebangsaan Pematang Seri Rengas, Parit Karjan, Sri Medan di sini, tengah hari tadi.

Menurut jurucakap Polis, kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah hari ketika mereka sedang berteduh di pondok berhampiran.

Katanya, dua mangsa meninggal dunia ketika sedang dirawat di Pusat Kesihatan Sri Medan manakala kanak-kanak terbabit kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

"Kami menerima panggilan dari orang awam sekitar 3 petang berhubung tiga penduduk yang dipanah petir.

"Dua mayat kini dibawa ke HSNI. Mayat dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk kebumi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 3:49 PM