X

Satu laman e-dagang, Gemfive dilancarkan untuk memberi nilai tambah kepada pengguna dan peniaga ‘online’ yang turut memberi pelbagai tawaran eksklusif serta tip editorial menarik selain barangan dan inspirasi bagi kemudahan kehidupan seharian.

Gemfive menumpukan tiga elemen utama dalam laman e-dagangnya iaitu pengumpulan, nilai dan kemudahan. Ia menjadi pusat pengumpulan jenama terkemuka, asli, jenama baru dan sukar ditemui di pasaran tempatan.

Harganya juga kompetitif dan berpatutan bagi memberi lebih nilai kepada pembeli dengan semua proses ini dibentuk melalui proses kesepaduan sistem dan permintaan, teknologi pantas serta saluran pembayaran yang sah bagi memastikan pengalaman pembelian ringkas.

Gemfive mencipta platform yang lebih mesra pengguna, menawarkan ciri tempatan, serasi mudah alih dan berciri sosial.

Untuk permulaan, Gemfive bekerjasama dengan lebih 100 penjual melangkaui 300 jenama tempatan dan antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 10:15 AM