ABDUL Wahab menunjukkan kawasan hutan lokasi anak dan anak saudaranya masuk kepada Pemangku Ketua Balai Polis Dungun. Gambar kecil (kiri) Mohd Norfarham dan Mohd Faizal. FOTO Rosli Ilham
ABDUL Wahab menunjukkan kawasan hutan lokasi anak dan anak saudaranya masuk kepada Pemangku Ketua Balai Polis Dungun. Gambar kecil (kiri) Mohd Norfarham dan Mohd Faizal. FOTO Rosli Ilham
Oleh Rosli Ilham

Dungun: Dua sepupu berusia 28 dan 29 tahun dipercayai sesat apabila sudah empat hari tidak pulang selepas masuk ke hutan Bukit Jabal, di sini.

Mohd Faizal Abdul Wahab, 29, dari Kampung Che Lijah dan Mohd Norfarham Mustaffa, 28, dari Kampung Bukit Lat dikatakan masuk ke hutan untuk mencari kayu candang pada 9 pagi Ahad lalu.

Kebiasaannya mereka akan pulang pada waktu petang tetapi gagal berbuat demikian dan menyebabkan bapa Mohd Faizal, Abdul Wahab Jusoh, 58, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 1 pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehilangan dua lelaki itu.

Menurutnya, pihaknya sudah melancarkan gerakan mencari kedua-dua mangsa sejak pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 1:52 PM