Selepas anggota lain ceburi bidang lakonan, Xiumin daripada EXO nampaknya menjadi ahli seterusnya untuk berbuat demikian. Penyanyi itu disebut-sebut bakal membintangi sebuah filem berjudul Kim Seon Dal yang turut dibintangi pelakon terkenal Yoo Seung Ho.

Agensinya SM Entertainment mengesahkan Xiumin terbabit dalam filem itu.

“Kami sedang membuat pemantauan dan boleh mengesahkan dia akan membintangi filem Kim Seon Dal,” kata wakilnya.

Filem arahan Park Dae Min itu mengenai kisah hero-hero rakyat berlatarbelakang era Joseon.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 10:54 AM