Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Pasar raya didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, selepas mengaku gagal mematuhi arahan Penolong Pegawal Harga melalui notis tiga hari, April lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas pasar raya itu yang diwakili pengurusnya, Mohd Faisal Shafien, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan premis Happy Home Superstore Sdn Bhd didakwa gagal mematuhi arahan Penolong Pengawal Harga melalui notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat dalam tempoh tiga hari berkerja.

Tertuduh didakwa melakuka kesalahan mengikut Subseksyen 21 (5)Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan dihukum mengikut Seksyen 57 akta sama yang memperuntukkan denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 12:33 PM