YUNOS (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Amir Mahmod (dua dari kanan).
YUNOS (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Amir Mahmod (dua dari kanan).

Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) memeterai kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk terus memperluaskan promosi perkhidmatan pembayaran bil TNB melalui kemudahan rangkaian Ejen Bank Berdaftar (EBB) di mana ia boleh dinikmati kira-kira lapan juta pelanggan TNB seluruh negara.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Komunitinya, Yunos Abdul Ghani berkata, kerjasama itu akan menyaksikan perkhidmatan pembayaran bil TNB dilaksanakan melalui 5,175 premis EBB sekali gus memudahkan pelanggan TNB melakukan pembayaran dengan kadar segera tanpa sebarang masalah.

“Sejak dilancarkan pada 2012, EBB berjaya merekodkan sebanyak 6.78 juta transaksi bil TNB dengan amaun RM683 juta sehingga September tahun ini di seluruh negara,” katanya pada majlis kolaborasi BSN dan TNB di sini, semalam.

Pengurus Besar Pengurusan Hasil TNB, Amir Mahmod Abdullah berkata pembayaran bil melalui EBB masih lagi berada pada tahap rendah di mana ia hanya menyumbang sebanyak empat peratus daripada keseluruhan transaksi bagi saluran pembayaran TNB lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:26 AM