TILLApercaya hidup lebih lengkap dan sempurna selepas berkahwin.
TILLApercaya hidup lebih lengkap dan sempurna selepas berkahwin.
Oleh Rudy Imran Shamsudin


Dalam hangat orang memperkatakan pelakon paling popular, Shaheizy Sam bakal bernikah dengan Syatilla Melvin, 24, satu perkara menarik mengenai dramatis jelita ini ialah dia tidak pernah memberi kenyataan mengenai kisah cintanya.

Perkara itu mungkin disedari peminat, sedangkan hakikatnya mereka berdua dikatakan mengenali satu sama lain sejak lima tahun lalu.

Selama ini hanya orang lain yang mengatakan Sam kembali bercinta dengannya. Malah ibu Sam, Mummy Kathy dikatakan merestui hubungan pasangan ini.

Bagaimanapun, Tilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin tidak sekali pun membuka mulut memberi komen walaupun ditanya wartawan mengenainya.

Namun, sejak kebelakangan ini apabila Sam membuka mulut seakan-akan mengiakan bakal memilih Tilla sebagai suri hidupnya, pasangan ini juga dilihat tampil di depan khalayak bersama.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2015 @ 5:07 AM