BERLIN: Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan kembar empat, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan di sebuah hospital di Berlin minggu ini,

Menurut laporan televisyen Jerman, RTL, bayi terbabit dilahirkan pra matang 26 minggu tetapi berada dalam keadaan sihat dan peluang hidup cerath.

Stesen televisyen itu yang membuat liputan perkembangan kehamilan Annegret Raunigk, menyatakan wanita berkenaan sudah mempunyai 13 anak dan tujuk cucu.

Guru bahasa Inggeris dan Russia di Berlin yang menjalani rawatan kesuburan di Ukraine itu menjadi wanita tertua di dunia melahirkan kembar empat.

Bayinya dilahirkan melalui kaedah Caesarean pada 19 Mei lalu, seberat antara 655 gram hingga 960 gram. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 5:17 PM