Ardyhansah Amat dan Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu: Juruterbang pelatih wanita, Fatin Nadeerah Mohammad Jeffrey, 21, mengalami luka kecil pada kaki kanan selepas terbabit dalam nahas helikopter di lapangan sasar Terminal Satu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Beliau yang ditemui berkata, terkejut dengan kejadian tersebut, namun bersyukur kerana hanya mengalami cedera ringan.

"Luka dikaki tidak dalam dan tidak membabitkan sebarang jahitan.

"Selain itu, saya juga mengalami lebam pada tangan kanan," katanya.

Fatin yang dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth tengah hari tadi, kini dilaporkan stabil dan dibawah pengawasan doktor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 3:36 PM
Digital NSTP Subscribe