LOKASI kemalangan membabitkan tiga kereta di Plaza Tol Sungai Dua. FOTO ihsan pembaca
LOKASI kemalangan membabitkan tiga kereta di Plaza Tol Sungai Dua. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini


Butterworth: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya merempuh belakang dua lagi kereta di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang arah selatan dalam kejadian kira-kira 3 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai gagal mengawal kereta Proton Saga BLM dipandunya sebelum merempuh kereta Perodua Myvi di laluan tol kenderaan berat di hadapannya.

Difahamkan, mangsa juga merempuh belakang sebuah kereta Chevrolet di laluan bersebelahan.

Mangsa diberikan bantuan kecemasan orang ramai sejurus kejadian.

Sumber berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 4:31 PM