utama

Adly cadang bubar DUN

Oleh Wartawan NSTP

KETUA Menteri Adly Zahari mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dalam satu pertemuan pada 4.30 petang hari ini.

“Mengambil kira keadaan ketidakstabilan politik negeri yang boleh menjejaskan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, serta mengembalikan semula mandat kepada rakyat, saya dengan merujuk kepada peruntukan di bawah perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka seperti berikut.

“Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Undangan Negeri, maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, melainkan jika ada permintaannya Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri.

“Maka, saya mencadangkan kepada Tuan Yang Terutama Tun untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adly turut berharap semua rakyat kekal bertenang dan mematuhi peraturan bagi memastikan negeri ini terus aman dan selamat.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 2, 2020 @ 6:46pm
    d