FOTO ihsan bomba
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Tatau: Dua maut dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 33, Jalan Tatau-Bintulu di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, seorang lelaki pemandu kereta yang belum dikenal pasti identiti dan penumpang yang dikenali sebagai Sim Cha Wee, 25, maut di lokasi kejadian.

Pemandu dan penumpang pacuan empat roda hanya cedera ringan dan berjaya keluar menyelamatkan diri dengan dibantu orang awam.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum dilanggar pacuan empat roda itu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.19 tengah hari dengan saru jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Bintulu bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 3:44 PM