MANGSA maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh lori. FOTO Omar Osman
Oleh Omar Osman


Sungai Petani: Dua wanita berusia 18 dan 20 tahun maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh lori membawa tiang elektrik yang berhenti di laluan motosikal di Jalan Lencongan Barat berhampiran Taman Nilam, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 2.45 pagi, mangsa menunggang motosikal dari Kampung Che Bema, Sungai Layar Ujung menuju arah Taman Nilam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa gagal mengelak lori yang berhenti di laluan motosikal menyebabkan mereka merempuh kenderaan itu.

€œAkibat kejadian itu mereka tercampak beberapa meter dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di muka.

€œMangsa dihantar ke Hospital Sungai Petani untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 6:18 PM