Oleh Fauzi Rahim Mustafa

Sungai Petani: Dlya Multicare Beauty (DMB) Enterprise, pengeluar enam produk kecantikan eksklusif berjenama Raudah optimis memperluaskan pasarannya ke seluruh negara menjelang suku ketiga tahun ini.

Pengasasnya Norly Hanif berkata, pihaknya yakin enam produk itu mampu memenuhi pasaran sedia ada dan baru dengan sasaran jualan 50,000 unit set kecantikan sebulan.

“DMB juga membuka peluang kepada orang ramai menjadi usahawan produk Raudah dengan sasaran seramai mungkin stokis di lokasi terpilih seluruh negara.

“Enam produk Raudah ialah Sabun Kulit Kayu Manis, Sabun Susu Beras Perang, Krim Malam (Perfect Cream), Krim Siang (CC Glow), Minyak Celak Rukyah serta Perfect Multi Serum yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Kawalan Kosmetik 1984,” katanya.

Beliau berkata, produk Raudah bermula dengan dua jenis sabun kecantikan menjengah pasaran pada 2010 dengan edaran hanya 100 unit sebulan dan angka itu bertambah hampir 10 kali ganda selepas dua tahun.

“Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Raudah kini didatangkan dalam set mengandungi tiga produk utama (sabun, krim malam dan krim siang) dan dijual pada harga RM113.90 setiap set.

“Minyak Celak Rukyah yang diterapi dengan doa terpilih untuk pendinding gangguan makhluk halus, memudahkan kelahiran dan kelegaan sendi badan dijual pada harga RM25.90 setiap satu,”katanya.

Norly berkata, satu lagi produk yang mampu membantu menegang, mencerah dan menghaluskan kulit iaitu Perfect Multi Serum dijual pada harga RM79.90 setiap satu.

“Setakat ini, syarikat mempunyai empat cawangan iaitu dua di Perak (Seri Manjung dan Klebang, Chemor) dan dua di Kedah (Lubuk Merbau, Pendang dan Gulau, Sik) dan ejen jualan di Negeri Sembilan, Johor, Sabah serta Sarawak,” katanya.

Katanya, mereka yang berminat menjadi stokis dan ejen Raudah boleh melayari Facebook Raudah Multicare Beauty OFFICIAL-by Dlya Multicare Beauty atau pertanyaan boleh diajukan ke e-mel [email protected] untuk mengetahui mengenai produk dan meneroka peluang menjadi usahawan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 6:29 AM