LOKASI kejadian. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Polis kini sedang mengepung sekurang-kurangnya enam perompak dipercayai bersenjata yang melarikan diri di Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail di sini, sejak 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Senior Asisten Komisioner Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kesemua suspek dipercayai warga asing dan mempunyai senjata.

"Operasi memburu enam lelaki bersenjata sedang giat dijalankan di Taman Rekreasi ini.

"Semua pintu masuk ditutup dan orang ramai dilarang masuk setakat ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 11:35 AM