PENDUDUK Ban Ta Lok melihat pasukan keselamatan memasang pagar kawat.
PENDUDUK Ban Ta Lok melihat pasukan keselamatan memasang pagar kawat.
Oleh Aizat Sharif


Padang Besar: Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) mula memasuki lokasi kubur menggunakan laluan di Ban Ta Lok, Padang Besar, Thailand selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa negara itu, semalam.

Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, pasukan pertama seramai 20 anggota forensik dan PGA mula memasuki kawasan bukit di kawasan Thailand itu kira-kira sejam selepas bertolak dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

“Mereka berlepas dari IPD Padang Besar jam 9 pagi dengan diiringi enam Land Rover milik PGA serta dua trak pikap forensik.

“Esok (hari ini), seramai 90 lagi anggota PGA dan forensik membabitkan pegawai dan anggota akan memasuki kawasan operasi untuk tujuan sama,” katanya.

Difahamkan, disebabkan proses mengangkut logistik untuk operasi itu mengambil masa, kerja penggalian kubur hanya akan bermula sepenuhnya hari ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 7:20 AM