Dikenali sebagai seorang yang cukup aktif berkomunikasi dengan peminatnya menerusi blog peribadi, tindakan penyanyi Lee Hyori memadam blog miliknya menimbulkan 1,001 pertanyaan.

Ada yang mula membuat spekulasi bahawa penyanyi itu mungkin berdepan masalah peribadi. Tindakannya memadam segala pos termasuk mengenai perkahwinannya menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Hyori juga tidak aktif dengan Twitter kebelakangan ini sebelum memadamnya.

Difahamkan, dia turut menukar nombor telefonnya sejurus selepas itu.

Selepas bergiat aktif menulis perkembangan di blog tidak lama dulu, blog miliknya itu mendapat sambutan luar biasa apabila dikunjungi lebih 10 juta pembaca dalam 70 hari.

Bagaimanapun, apabila kembali ke Korea Selatan pada Februari lalu selepas beberapa bulan berada di New York, Amerika Syarikat, Hyori tidak lagi aktif dengan aktiviti seninya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 12:13 PM