MIOR Faridalathrash Wahid (kanan) pada sidang media. FOTO Mikail Ong
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Polis menahan wanita warga Indonesia selepas dia didapati membunuh rakan senegaranya sebelum menyumbat mayat mangsa dalam kotak dan membuangnya di Puncak Mutiara, Tanjung Bungah, di sini, 23 Mei lalu.

Wanita berusia 28 tahun itu ditahan Sabtu lalu pada 1.30 petang di tempat kerjanya di Tanjung Bungah dan hasil siasatan dia mengaku membunuh mangsa dengan menghentak kepala rakannya itu ke dinding.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek kemudian membeli kotak dan menyumbat mayat mangsa sebelum meminta bantuan lelaki untuk membuang mayat terbabit di kawasan belukar.

"Suspek juga memberitahu dia berang kerana rakannya itu enggan membayar wang berjumlah RM8,000 yang dipinjamnya sebelum mereka bergaduh dan suspek mengentak kepala mangsa ke dinding hingga menyebabkan dia maut.

"Setakat ini polis juga masih memburu seorang lelaki warga Indonesia yang didapati bersubahat dengan suspek dengan membuang mayat mangsa," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 5:43 PM