Sebahagian warga Indonesia yang ditahan. FOTO ihsan PDRM
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Polis menahan 28 warga Indonesia dan seorang warga tempatan dalam Operasi Rantau (Ops Rantau) di tiga kawasan di daerah Brickfields, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields Senior Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, daripada 29 yang ditahan 26 daripadanya tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah dan ketika operasi dijalankan kebanyakan mereka tinggal di penempatan setinggan yang dibina di kawasan hutan.

"Operasi dijalankan di tiga kawasan iaitu di Pusat Rekreasi Bukit Kiara, Puncak Bukit Kiara dan kawasan Tanah 60 Sungai Penchala bersama Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Tujuan (polis) lakukan Ops Rantau ini adalah bagi memburu enam suspek bersenjatakan parang, semalam yang meloloskan diri daripada kepungan polis (di Taman Rekreasi Lembah Kiara) dan hasil pemeriksaan mendapati 29 yang ditahan itu bukan suspek yang diburu," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), malam tadi.

Beliau berkata, 29 individu yang ditahan terdiri daripada lima lelaki, 11 wanita dan 13 kanak-kanak berusia satu hingga 50 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 9:57 PM