FOTO AFP
FOTO AFP
Oleh Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Dua syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd mendedahkan pelan iPhone baru buatan Apple di laman web masing-masing yang kini dibuka untuk tempahan.

Manakala satu lagi syarikat yang turut menjadi pengedar rasmi iPhone di Malaysia, Celcom Axiata Berhad masih belum memperkenalkan pelannya.

iPhone 6 dan 6 Plus akan mula dipasarkan di Malaysia pada 7 November ini pada harga seperti berikut:

iPhone 6 16 GB 2,399.00

iPhone 6 64 GB 2,749.00

iPhone 6 128GB 3,149.00

iPhone 6 Plus 16 GB 2,749.00

iPhone 6Plus 64 GB 3,149.00

iPhone 6 Plus 128 GB 3,549.00

Apple melancarkan bukan satu, tetapi dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin 4.7 inci serta 5.5 inci.

Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 piksel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080.

Lebih 10 juta telefon pintar terbaru itu habis dijual dalam tempoh tiga hari selepas ia dipasarkan di negara terpilih.

Maxis menawarkannya pada harga semurah RM659 manakala DiGi semurah RM557

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 12:43 PM