ANGGOTA bomba membawa turun anggota tentera yang pengsan di Gunung Lambak Kluang. FOTO Arifin Salleh
Oleh Arifin Salleh


Kluang: Seorang anggota tentera dipercayai pengsan ketika membuat latihan kira-kira 200 meter menghampiri puncak Gunung Lambak, di sini, 9 pagi tadi.

Mangsa dari Kem Terendak sukar diturunkan berikutan mempunyai berat badan melebihi 100 kilogram dipercayai terjatuh ketika mendaki sebelum tidak sedarkan diri.

Komander Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Akob Sedek berkata, pihaknya yang menerima panggilan pada 9.11 pagi bergerak ke lokasi kejadian selepas mangsa tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan.

Anggota bomba dan penyelamat yang berusaha untuk membawa turn mangsa mengalami sedikit kesukaran berikutan fizikal mangsa yang bertubuh besar, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 11:40 AM