ELLIE nafi padamkan gambar itu disebabkan Taylor Swift.
ELLIE nafi padamkan gambar itu disebabkan Taylor Swift.
Susunan Georgie Joseph


Dalam kalangan peminat penyanyi Ellie Goulding, mereka tahu Ellie adalah sahabat baik kepada Taylor Swift.

Keakraban mereka juga membuatkan Taylor memilih Ellie berlakon dalam klip video terbarunya berjudul Bad Blood.

Bagaimanapun, tindakan Ellie memadam gambar dia berparti dari Instagram, baru-baru ini menimbulkan kontroversi.

Difahamkan, Elle memadam gambar itu kerana turut bersamanya dalam gambar itu ialah Katy Perry dan Lorde yang dikatakan tidak sebulu dengan Taylor.

Peminat mengandaikan Ellie mengambil tindakan itu kerana bimbang dia akan berdepan masalah dengan Taylor.

“Saya memadamnya kerana saya kelihatan sangat hodoh dalam gambar itu. Ketika itu saya juga dalam keadaan mabuk sikit. Jadi saya rasa ia bukanlah contoh yang bagus untuk ditunjukkan kepada orang ramai,” kata Ellie sekali gus menafikan dakwaan peminatnya.

Bagaimanapun, dia tetap diasak dengan soalan adakah ia ada bersangkut-paut dengan hubungannya bersama Taylor?

Ini kerana secara kebetulan Taylor kini bergaduh dengan Katy.

“Kelakar apabila mereka membuat andaian begitu. Sebenarnya saya memang kerap memadam gambar di Instagram. Jadi, apa masalahnya?” katanya.

Biarpun tidak diketahui apa penyebab sengketa di antara Taylor dan Katy, sikap dingin kedua-duanya semakin hangat diperkatakan sekarang ini.

Malah, lagu Bad Blood ciptaan Taylor itu ditujukan kepada Katy untuk menyindirnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 5:03 AM