Barangkali kita sudah sering dengar cerita bekas suami yang tidak bertang­gungjawab dan mengabaikan nafkah pada anak-anak selepas perceraian.

Namun, ada pula cerita yang sebaliknya pula sampai kepada SS.

Kali ini cerita mengenai bekas isteri pula yang tidak bertanggungjawab dengan kebajikan anak-anak mereka selepas bercerai.

Kata rakan SS, dia dapat tahu cerita itu ketika bertemu seorang artis dalam satu majlis baru-baru ini.

Sebelum bercerita lanjut, SS ingin memberitahu artis ini berkahwin dengan seorang duda yang memiliki beberapa orang anak hasil perkongsian hidup terdahulu.

Walaupun sudah memiliki anak sendiri dia tetap menyayangi anak-anak tiri suaminya dan tidak membelakangkan mereka.

Namun, apa yang mengejutkan sikap bekas isteri suami artis itu yang tidak bertanggungjawab pada anak-anak.

Kata rakan SS, artis itu berasa marah dan kesal kerana bekas isteri suaminya itu melepaskan semua tang­gungjawab kepada anak-anak kepada suaminya semata-mata.

Kalau boleh sesen pun dia tidak mahu keluar duit untuk anak-anaknya itu.

Sedangkan kata artis itu bekas isteri suaminya itu juga bekerja dan memiliki pendapatan yang tinggi.

Apalah salahnya, jika dia berbelanja sedikit untuk anak-anaknya sendiri?

SS harap bekas isteri kepada suami artis yang dimaksudkan itu supaya muhasabah diri dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu kandung kepada anak-anaknya itu.

Dia juga perlu bertolak ansur untuk menjaga anak-anak kerana selepas bercerai dia dan bekas suami perlu bertanggung­jawab untuk sama-sama menjaga anak-anak mereka.

Apatah lagi jika bekas suami sudah berkahwin dan turut memiliki anak hasil perkongsian hidup bersama isteri baru.

SS: Anak adalah amanah dan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 5:03 AM