SEKITAR majlis perasmian Sukan SEA Singapura 2015.
SEKITAR majlis perasmian Sukan SEA Singapura 2015.

Ibu pingat emas sudah tidak lagi mampu diraih selepas bola sepak mencatat kedukaan gara-gara tersingkir awal tetapi itu tidak bermakna perjuangan atlet negara di Sukan SEA Singapura sudah berakhir, sebaliknya pemburuan untuk memenuhi sasaran kira-kira 188 pingat baru saja bermula.

Tirai temasya sukan terbesar ASEAN itu disingkap secara rasminya malam tadi sekali gus menandakan 'gendang perang' buat lebih 7,000 atlet dari 11 negara kini sudah berbunyi bagi masing-masing mengatur apa saja strategi untuk bergelar yang terbaik.

Kelebihan selaku tuan rumah membuatkan Singapura gah menduduki carta teratas kutipan pingat ketika emas yang dihasilkan Katrina Ann Abdul Hadi serta Zylane Lee menerusi teknikal duet dan rutin bebas berjaya mengubat seketika duka kontinjen negara gara-gara keputusan dilakar skuad bola sepak.

Untuk temasya kali ini, Malaysia dilihat cuba bermain selamat dengan tidak menyebut jumlah pingat yang menjadi sasaran sebaliknya hanya menjadikan angka 56 peratus daripada keseluruhan 1,327 pingat ditawarkan sebagai penanda aras.

Di Myanmar dua tahun lalu, kontinjen negara membawa pulang 43 emas dan jika semuanya berjalan mengikut perancangan, jumlah itu tidak mustahil untuk dicapai kali ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 5:06 AM