Antara mangsa gempa bumi yang dibawa turun oleh malim gunung.
Antara mangsa gempa bumi yang dibawa turun oleh malim gunung.
Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Sehingga 8.50 pagi tadi, 175 pendaki daripada 187 orang berjaya ditemui dalam Ops Kinabalu yang kini memasuki hari kedua.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Lee Abdullah berkata, daripada jumlah yang ditemui, dua mangsa maut dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat.

"Seramai 20 mangsa yang cedera termasuk koma dihantar ke beberapa hospital di dua daerah iaitu HQE, Hospital Ranau dan Gleneagles Hospital Kota Kinabalu.

"Setakat ini, waris dan keluarga mangsa termasuk pelancong asing sudah dimaklumkan dan dijangka tiba di Sabah hariini.

"Operasi mencari dan menyelamat diteruskan menggunakan dua kaedah iaitu penggunaan empat helikopter dan melalui laluan pejalan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 10:49 AM