ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan dari dalam kenderaan. Foto - Ihsan Bomba dan Penyelamat Selangor
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Sabak Bernam: Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Besar, Panchang Bedena, dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.25 pagi.

Katanya, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.

Beliau berkata, mangsa yang maut, meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sabak Bernam.

Gambar Ihsan Bomba

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 3:08 PM