BEIJING: Seorang penduduk sebuah kampung di wilayah Hebei, utara China, yang bersenjatakan senapang patah berlaras dua melepaskan tembakan membunuh empat orang termasuk dua anggota polis pagi tadi.

Lelaki itu dikenali sebagai Liu Shuangrui, mengamuk di perkampungan Xishibao, kira-kira dua jam perjalanan dari Beijing, melepaskan tembakan menyebabkan dua penduduk terbunuh dan tiga lagi cedera

Menurut agensi berita Xinhua, Liu kemudian menembak mati dua anggota polis dan mencederakan dua lagi anggota.

Lelaki itu yang terperangkap dalam rumah yang dikepung, didapati mati apabila polis menyerbu masuk. Punca kematiannya belum diketahui tetapi televisyen China melaporkan dia ditembak.

Keganasan senjata api di China amat jarang kerana negara itu tidak mengenakan kawalan ketat pemilikan senjata api.

Disember lalu, seorang pekerja sebuah bank di wilayah Liaoning, tengah China, menembak mati dua rakan sekerja. -Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 3:10 PM