MULAI 1 Julai, pelancong perlu menggunakan rupiah sepenuhnya di Indonesia untuk hotel dan tiket penerbangan. - Foto REUTERS
MULAI 1 Julai, pelancong perlu menggunakan rupiah sepenuhnya di Indonesia untuk hotel dan tiket penerbangan. - Foto REUTERS

Jakarta: Bank pusat Indonesia mengesahkan mulai 1 Julai ini, semua bayaran untuk hotel, tiket penerbangan, pajakan harta dan sewa serta gaji perlu dibayar menggunakan matawang negara itu, rupiah.

Pengumuman melarang penggunaan matawang dollar Amerika Syarikat diumumkan April lalu.

Hari ini, Bank Indonesia (BI) mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai larangan itu yang bertujuan mengawal permintaan terhadap dolar.

“Ia membabitkan kedaulatan kami, Permintaan terhadap matawang asing menjejaskan kadar matawang kami serta meningkatkan inflasi” kata Lambok Siahaan, pegawai khas Lembaga Gabenor BI.

Melalui peraturan baru itu, syarikat antarabangsa dibenarkan terus membayar gaji pekerja asingnya dalam dollar jika diambil bekerja di luar Indonesia. BI juga mengecualikan perdagangan antarabangsa, firma yang melabur dalam stesen janakuasa, jalan raya dan projek infrastruktur lain.

Bagaimanapun, syarikat Indonesia perlu membayar gaji dalam rupiah. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 8:13 PM