FOTO ihsan ITIS DBKL
FOTO ihsan ITIS DBKL
FOTO ihsan ITIS DBKL
Oleh Asmah Rusman


Kuala Lumpur: Kira-kira 25 kenderaan rosak apabila dirempuh sebuah lori membawa muatan tanah yang dipercayai mengalami masalah brek di Jalan Jelatek menghala ke Setiawangsa, petang tadi.

Kejadian pada 5.45 petang berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Setiawangsa itu dikatakan berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki tempatan dikatakan hilang kawalan kerana mengalami masalah brek.

Menurut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), laluan dua lorong di jalan berkenaan ditutup sepenuhnya bagi kerja mengalih kenderaan dan siasatan polis trafik.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah dilaporkan dalam kejadian itu.

"Kesesakan lalu lintas dilaporkan berlaku kira-kira dua jam sebelum satu lorong di jalan itu dibuka kepada kenderaan kira-kira 8 malam tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 9:25 PM