Atlit equestrian Malaysia, R Sharmini menunjukkan pingat emas yang dimenanginya. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM
Atlit equestrian Malaysia, R Sharmini menunjukkan pingat emas yang dimenanginya. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM
Aziman Rosdi & Ferzalfie Fauzi


Malaysia meriah dua lagi pingat emas hari ini melalui gandingan atlet tenpin boling Esther Cheah dan Sin Li Jane dalam acara beregu yang mencatat 2651 jatuhan pin pada aksi final sebentar tadi.

Kontinjen ekuestrian pula menutup gelanggang dengan penuh keceriaan apabila R Sharmini menggondol pingat emas dalam acara jumping individu mengalahkan atlet Singapura, Catherine Chee, selepas mencatatkan masa terpantas dengan 35.90 saat dalam saingan play-off selepas kedua-dua peserta tidak mendapat sebarang mata penalti. Catherine mencatat masa 36.69 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 2:33 PM