Oleh Norhayati Nordin

Selepas sedekad membina nama dalam lakonan menerusi filem Bicara Hati pada 2004, Fazura kini mengembangkan karier seninya dalam bidang nyanyian.

Selepas single sulung, Sayangi Dirimu, anak kelahiran Pekan, Pahang ini dalam perancangan untuk muncul dengan single kedua tidak lama lagi.

Kali ini, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 32, akan menjalin kerjasama dengan penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah. Katanya, lagu sudah ada, cuma belum dirakam.

“Buat masa ini saya dan Taufik masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen kerja dan belum ada masa untuk melakukan proses rakaman lagu.

“Apa yang boleh saya katakan, tunggu saja sampai masanya. Lagu ciptaan Taufik ini sedap didengar melodinya dan saya yakin peminat boleh terima. Cuma, bila akan masuk studio untuk proses rakaman lagu itu saya tidak pasti lagi,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:30 AM