LAMAN Facebook ‘Murtad Oghe Kelate’ yang undang kemarahan mengguna Facebook.
Oleh Asmah Rusman dan Siti Nadzirah Che Mud
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengguna laman sosial Facebook (FB) terkejut apabila muncul kembali laman FB menggunakan nama 'Murtad Oghe Kelate' yang mengajak orang ramai meninggalkan Islam.

Laman FB murtad itu dikesan mula diaktifkan pada 25 Oktober lalu dengan memuat naik status menghina Islam selain mengajak pengikut FB menjadi murtad.

Difahamkan laman FB yang memiliki 190 pengikut itu ada kaitan dengan beberapa individu yang sebelum ini aktif mengajak orang ramai murtad melalui laman web 'Murtads in Malaysia and Singapore' yang pernah disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tahun lalu.

Salah seorang pengguna FB, Ali Yaacub, 35, berkata, dia mengetahui kewujudan laman FB murtad itu selepas dikongsi seorang kenalan FB tidak dikenali.

"Mereka seolah-olah berkongsi laman itu secara rawak dengan menghantar kepada pemilik akaun FB yang diharap menjadi pengikut mereka. Saya bimbang status dan gambar yang dikongsikan itu akan mempengaruhi individu yang cetek ilmu agama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:14 AM