Rumah di Kampung Pondo yang terbakar. FOTO ihsan pembaca
Junaidi Ladjana

Pulau Gaya: Kira-kira 50 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Pondo, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Difahamkan, beberapa bunyi kuat kedengaran sepanjang kebakaran itu berlaku dipercayai daripada letupan tong gas.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.01 pagi dan sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian untuk operasi memadam kebakaran.

"Api berjaya dikawal pada 7.59 pagi dan kebakaran itu memusnahkan kira-kira 50 rumah.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan JBPM Sabah,” katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 10:06 AM