mutakhir

Mukhriz mengadap Sultan Kedah

Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul Rahman

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba bagi mengadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman d Alor Setar pada 4 petang hari ini.

Terdahulu, seramai 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) Kedah dilihat memasuki Wisma Darul Aman secara berperingkat mulai 2 petang.

Antara yang dilihat adalah Pengerusi PH Kedah yang juga Adun Gurun Datuk Johari Abdul dan Pengerusi DAP Kedah yang juga Adun Derga, Tan Kok Yew.

Majlis mengadap itu diadakan berikutan krisis politik negeri yang membabitkan kedudukan kerajaan negeri dan Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Ia susulan PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 ADUN di negeri itu pada Selasa lalu.

Disiarkan pada: May 15, 2020 @ 4:40pm
d