Gambar kiri, lokasi kemalangan, jenazah Faridah dan Daud akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid.
Oleh Zuliaty Zulkiffli

Changlun: “Kami merancang berkumpul di rumah atuk dan nenek di sini, untuk berbuka pada hari pertama Ramadan kerana kerana kebiasaannya nenek orang paling sibuk menyiapkan juadah setiap tahun.

“Bagaimanapun, saya terkilan kerana tidak dapat berbuka bersama mereka kali ini apabila kedua-dua insan disayangi pergi buat selama-lamanya selepas terbabit kemalangan di Kampung Langsat, pagi tadi (semalam),” kata Intan Surida Ishak, 23.

Intan Surida, cucu pasangan suami isteri, Daud Hasan, 78, dan Faridah Kassim, 64, yang maut dalam kemalangan langgar lari di Kampung Langsat, Jalan Changlun-Kangar dekat sini, jam 7.15 pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika Daud dalam perjalanan menghantar isterinya ke tempat kerja di kantin sekolah berhampiran rumah mereka di Kampung Baru Sungai Laka, Changlun.

Difahamkan, kemalangan berlaku 500 meter dari rumah mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 8:35 AM