Pada acara kemuncak Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India (IFFA2015) yang diadakan di Kuala Lumpur, 7 Jun lalu, aktor Ranveer Singh yang bertindak selaku hos bersama aktor Arjun Kapoor berjaya ‘menghidupkan’ acara dengan aksi kelakar dan bersahajanya.

Menggayakan sut rona terang, Ranveer berjaya membangkitkan kehangatkan acara yang berlangsung selama empat jam itu.

Ketika mengendalikan acara berkenaan, Ranveer turun ke bawah pentas mendekati idolanya, Akshay Kumar sambil berkata dia amat meminati aktor itu.

“Tuan Akshay, saya banyak menonton filem lakonan anda dan pernah pergi ke set filem Keemat pada 1998 untuk mendapatkan autograf.

“Saya masih simpan autograf itu dan keadaannya masih baik,” katanya sekali gus membuatkan Akshay amat terharu.

Dengan sikap rendah diri, kelakar dan peramah, tidak hairanlah ramai suka mendampi­ngi Ranveer. Bertuah aktres Deepika Padukone yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 1:12 PM