Meskipun masih menderita sakit belakang, Hrithik Roshan tetap meneruskan rancangan bercuti di Cape Town, Afrika Selatan, bersama dua anaknya, Hrehaan dan Hridhaan.

Dia mahu menjadikan cuti persekolahan dua anaknya itu bermakna buat mereka.

Hrithik berpisah dengan bekas isterinya, Sussanne Khan tahun lalu dan menyifatkan kesannya lebih hebat daripada kematian.

Menurut sumber, Hrithik tidak mahu melewatkan satu hari pun tarikh percutiannya ke Cape Town demi menggembirakan hati Hrehaan dan Hridhaan.

“Saya mahu menikmati percutian indah di Cape Town kerana selepas ini mereka akan terbang ke London untuk bercuti dengan Susanne pula,” katanya.

Selepas berpisah dengan Sussanne, Hrithik menyewa pangsapuri di Juhu Prime Beach Aparment

di Mumbai. Aktor Akshay Kumar dan isterinya, Twinkle Khanna turut menetap di kawasan kediaman itu.

Ada khabar angin mengatakan Hrithik membeli pangsapuri berkenaan apabila mengadakan upacara keagamaan Januari lalu.

Namun, disebabkan hiasan dalam kediaman itu belum siap sepenuhnya, Hrithik masih tinggal dengan keluarganya di Mumbai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 1:27 PM