RENUNGAN kasih Nor Asidah terhadap anaknya yang kini menderita  penyakit jantung berlubang.
RENUNGAN kasih Nor Asidah terhadap anaknya yang kini menderita penyakit jantung berlubang.
Oleh Siti Fatimah Hassan


Kuala Lumpur: “Kami sentiasa berulang alik ke hospital sejak anak disahkan menghidap jantung berlubang menyebabkan suami melupakan sementara pekerjaannya biarpun ia satu-satunya punca rezeki keluarga,” kata Nor Asidah Mat Daud, 39, dari Kampung Gong Genor, Pasir Puteh, Kelantan.

Dia dan suami, Mohd Norhisham Ab Rahman, 43, runsing dengan keadaan anak bongsu mereka berusia 13 bulan, Nur Faqhirah Iqlina yang disahkan menghidap masalah jantung berlubang ketika berusia sebulan.

Menurut Nor Asidah, anaknya sebelum ini pernah menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu ketika berusia enam bulan.

“Setakat ini, tiga kali anak saya ditahan di wad disebabkan masalah jantung. Selepas pembedahan dilakukan, anak saya mula tidak sihat sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak HUSM sejak Januari lalu,” katanya.

Ibu kepada lapan anak itu berkata, Nur Faqhirah Iqlina memerlukan RM45,000 untuk pembedahan kedua yang dijalankan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (HGKL).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 9:23 AM